Isnin, 17 Ogos 2009

sajak: Anak Laut

Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati

Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta

1 ulasan:

  1. Sajak "Anak Laut" membawa persoalan nelayan yang sudah tua,tetapi masih merindui untuk terus hidup dengan kerjanya itu, biarpun kolek yang pernah digunakan untuk mencari rezeki itu usang atau amat uzur.Hal ini samalah dengan dirinya yang pada bila-bila masa sahaja akan dijemput pulang oleh Tuhan.

    BalasPadam