Isnin, 17 Ogos 2009

sajak: Kuala Lumpur

Tersegam indah
kota warisan
terkenal di seantero dunia
lambang kemegahan
bangsa berdaulat

Kuala Lumpur
di sini
kita hirup udara segar
kita petik bunga mekar
kita kejar mentari bersinar
kita nyanyi lagu syahdu

Kuala Lumpur
di sini kita lakar hayat penuh makna
kita bina mahligai bahagia
impian indah jadi nyata

Kuala Lumpur
selagi nafas berdenyut
selagi upaya bergayut
kita redah segala
kita perjuangkan untuk semua
yang gagah datang membantu
yang lemah kita bantu
Kuala Lumpur akan jadi bukti
kita sememangnya bangsa perkasa

3 ulasan:

  1. Sajak "Kuala Lumpur" diperoleh dari Buku Teks Tahun 6.[m\s]15

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana membantu saya . harini saya ada kerja sekolah astu saya perlu membina sajak dengan kawan saya . encik telah membantu saya untuk menyiapkan kerja sekolah .tq 😊

    BalasPadam